Ramai tak sangka Ira Kazar berlakon dgn Ain Edruce, netizen luah rasa teruja apabila dengar suara Ira Kazar buat pertama kali!

Nama anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai. Mana tidaknya, ramai mula mengenali individu berkenaan selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Selain dikenali sebagai ‘penyondol’ dan anak pelakon senior, wanita berusia 28 tahun itu juga seorang pempengaruh media sosial.

Pun begitu, ramai tidak sedar pemilik nama Faghirah Fatini Binti Kazaruddin juga terlibat dalam dunia lakonan.

Ira berlakon bersama Ain Edruce dan Ammar Titan.

Bagai tidak percaya, Ira yang juga isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya terlibat sama dalam menjayakan sebuah drama berjudul Perang Dingin yang dilakonkan oleh Ain Edruce dan Ammar Titan.

Menerusi beberapa hantaran dikongsikan di laman TikTok, memaparkan kelibat Ira dalam beberapa babak lakonan bersama Ain Edruce dan Ammar Titan.

Eh, makan semeja dengan Kazar lah!

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat muncul dalam babak makan bersama keluarga berkenaan selain kehadiran bapa kandungnya sendiri iaitu Kazar Saisi yang turut ada di situ.

Biar betul Ira Kazar?

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan selain tidak sangka Ira juga pernah berlakon. Malah, siap berkepit dengan Ain Edruce dalam drama berkenaan.

Selain itu, ada juga mengatakan baru pertama kali mendengar suara Ira Kazar dan melihat tubuhnya yang genit sahaja.

Macam sifu dia je..

Tidak kurang juga mereka menyamakan gaya percakapan madu kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana seperti aktress Izreen Azminda yang sebelum ini kecoh sebagai perampas kebahagiaan rumah tangga seseorang.

Selain Ain Edruce, Ammar Titan, Kazar Saisi, telemovie Perang Dingin turut dibarisan pelakon hebat seperti Haeriyanto Hassan, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.

Apa-apa pun, adalah tidak pelik sekiranya dia terlibat dalam industri seni memandangkan bapanya seorang pelakon berkaliber.

Video,

Sumber OMM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih