Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Duka Dari Aktress Zarina Zainuddin Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Duka Dari Aktress Zarina Zainuddin Hari Ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Duka dari Aktress Zarina Zainuddin hari ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)




Post By Admin

________________________
Adik Zarina Zainuddin Meninggal Dunia Akibat 'Penyakit Misteri'
________________________


ADIK kepada aktres Zarina Zainuddin, Lyana Samsudin, 32, telah meninggal dunia di rumah ibunya di Ipoh, Perak sekitar jam 11 pagi tadi dipercayai akibat penyakit misteri. Lyana adalah seorang ahli perniagaan dan juga bekas pelakon di era 90an.

Ibu Allahyarham yang dihubungi mStar Online memberitahu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Liyana sempat menjerit memanggilnya dari bilik air.

Dia mendapati Allahyarham telah muntah darah. Badannya menjadi lemah sebelum rebah ke pangkuan ibunya. Keluarganya lantas mendapatkan doktor dan Allahyarham disahkan meninggal selepas pemeriksaan dilakukan.
"Dia meninggal pagi tadi sekitar pukul 11. Ketika itu dia berada di dalam bilik air. Tiba-tiba mama dengar dia menjerit panggil mama. Mama dan keluarga segera mendapatkannya.

"Mama lihat dia muntah darah dan keadaannya menjadi sangat lemah. Dia jatuh ke pangkuan mama dan tidak bernafas lagi. Kami panggil doktor dan dia disahkan meninggal selepas pemeriksaan.

"Ia satu kehilangan yang mengejut. Mama betul-betuk tak sangka tapi mama redha dan pasrah dengan ketentuan Allah," kata ibu Allahyarham.

Menurut ibunya, Allahyarham menderitai sakit misteri itu sejak kira-kira satu tahun setengah yang lalu.

Setelah mendapatkan rawatan secara tradisional, keadaan Allahyarham mula beransur pulih. Namun, keadaan kesihatan Allahyarham yang tidak menentu itu telah memaksanya untuk pulang ke Ipoh dan dijaga oleh ibunya.

"Dia sudah pulang ke Ipoh lebih kurang lapan hari yang lalu. Melihatkan keadaan fizikalnya yang semakin kurus dan lemah, ada terdetik juga dalam hati mama mungkin umurnya tidak panjang (meninggal).

"Tapi tidak sangka ia berlaku begitu pantas dan secara mengejut. Malam semalam, dia teringin makan karipap dan kek keju. Jadi, pagi tadi, mama masakkan karipap yang dimintanya tapi dia tidak sempat hendak jamah.

"Lyana seorang anak yang baik dan rapat dengan mama. Mama redha dengan pemergiannya dan bertekad untuk jaga keempat-empat orang anaknya sebaik mungkin," katanya lagi.

Walaupun secara perubatan moden, Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit batuk kering (tuberculosis).

Namun, ahli keluarga tidak menolak kemungkinan Allahyarham menghidap 'penyakit misteri' ekoran beberapa petanda aneh dan pelik yang dideritai oleh Allahyarham.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah bergelar membintangi filem Panggilan Pulau (1994) arahan Ahmad Fauzee. Selepas mengundurkan diri daripada bidang seni, Lyana dan ibunya bergiat aktif dalam perniagaan jamu.

Liyana adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan meninggalkan empat orang anak berusia 14, 13, 12 dan 10 tahun. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada petang ini selepas solat Asar.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Zarina Zainuddin gagal dihubungi dan dimaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh.

Posting Komentar untuk "Innalilahi, Khabar Duka Dari Aktress Zarina Zainuddin Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)"