Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Memetik BH Online, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu yang mahu menyaman Jawi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Enggan mengulas mengenai tindakan anaknya itu, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya.

Semalam dalam satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar

Marah di mulut, dalam hati Tuhan sahaja tahu – Yusof Haslam

PETALING JAYA – Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syamsul Yusof yang kini memiliki dan menerbitkan filem bawah produksi sendiri akan terbuka hati kembali ke Skop Productions suatu hari nanti.

Mengakui Syamsul sebagai aset Skop selama ini, pemilik nama sebenarnya Mohd. Yusof Md. Haslam Khan tetap mendoakan yang baik-baik buat Syamsul yang bakal muncul dengan filem terbaharu, The Original Gangster tidak lama lagi.

Kata Yusof, 69, filem tersebut tiada kena-mengena dan bukan terbitan Skops yang selama ini menjadi tempat bertatih Syamsul sejak mula bertapak dan berjuang bertahun-tahun selama.



ini.

“Filem The Original Gangster tidak melalui Skop. Sebagai bapa, kalau itu pilihan dia, terserahlah.

“Walau dia tidak bersama saya pun sebagai bapa, saya akan sentiasa doakan anak saya berjaya.

“Insya-Allah, suatu hari dia akan patah baik ke Skop Productions. Tempat dia bertapak dulu. Tempat bapa dia berjuang selama berpuluh tahun untuk sampai ke tahap sekarang ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Yusof lagi, apapun yang berlaku kepada Syamsul sejak kebelakangan ini, beliau percaya, hubungan anak dan bapa tidak akan pernah terputus.

“Barangkali dia dalam keadaan yang tertekan tapi saya tetap sayangkan dia. Sayangkan menantu-menantu saya.

“Saya doakan yang terbaik kalau dia buat filem dengan orang lain. Sebagai bapa, tak pernah terlintas nak tengok anak jatuh. Itu bukan Yusof Haslam.

“Kalau saya marah, itu orang kata, di mulut sahaja di hati, Tuhan yang tahu.

“Sebab itu bila kita menangis, itu bukan main wayang sebaliknya datang dari dalam hati kita. Saya doakan yang terbaik buat sesiapa sahajalah yang ada kaitan,” katanya.

The Original Gangster merupakan filem aksi ngeri jenayah Malaysia yang akan datang arahan Syamsul terbitan sulung, Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures.

Filem tersebut merupakan francais terbaharu yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof dan juga merupakan filem aksi pertama termahal bawah produksinya sendiri.

Menelan kos termahal RM20 juta, filem terbabit dibintangi ramai pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Datuk Rosyam Nor.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami