Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Nak Sangat Tidur Sebelah Walaupun Belum Kahwin” -DS Tak Suka Anju Datang Rumah.. Anju Paksa tidur bersama..

Meskipun sudah berhari-hari, namun pertelingkahan di antara pelakon Anjoulie Lavocah atau Anju dengan bekas tunangnya masih lagi menjadi bualan ramai. Awalnya, masing-masing sekadar memerli tingkah laku serta posting yang dimuat naik di media sosial. Namun lama kelamaan, satu-persatu rahsia yang tak patut diumbar malah diceritakan kepada publik.

Tolonglah jaga mulut you, I ni bukan jenis lelaki yang mengambil kesempatan untuk puaskan nafsu

Semalam menerusi akaun TikTok baru, Datuk Seri Khazrul Elzey menegur wanita tersebut untuk lebih jaga mulut daripada berbicara seolah-olah dia seorang lelaki yang suka ambil kesempatan untuk puaskan nafsu.

Sedangkan dia tahu yang mana halal dan juga haram selain turut memiliki anak perempuan.

Saya cerita jujurlah ikhlas, saya tak pernah menipu…Tidurlah sebelah-sebelah, tak buat apa pun

Jelasnya lagi, mereka berdua pernah berada dalam satu rumah namun lelaki tersebut ambil keputusan untuk bermalam di ruangan hall selain enggan sebilik. Namun katanya Anju kurang setuju dan mula merajuk.

Dalam pada itu, DS Khazrul juga sempat menceritakan mereka berdua pernah tidur sekatil, sebelah-sebelah namun tidak melakukan apa-apa. Di akhirnya, usahawan tersebut berkeras oleh sebab itu dia enggan dan kurang suka jika bekas tunangnya datang ke rumah.

Video Player


I kalau boleh tak nak dia datang rumah…Tapi macam mana Anju boleh ada kunci rumah Datuk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui agak terkejut dengan perkongsian secara terbuka dibuat lelaki tersebut.

Dalam pada itu, ramai pula sempat berseloroh dengan berpesan kepada yang lain untuk hanya mendengar sahaja dan tidak mempercayai sebulat-bulatnya.

Kredit: TikTok arfana_98

Posting Komentar untuk "“Nak Sangat Tidur Sebelah Walaupun Belum Kahwin” -DS Tak Suka Anju Datang Rumah.. Anju Paksa tidur bersama.."