Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

'Istri setia kau mainkan Perasaan kotor Anak dah besak! Keputusan Tepat Semua Sokong ...komen pedas mertua kecam ni Kami Akan Bercerai Isnin Esok, Insyaallah - Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.

"Ya betul... Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan.


Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

"Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

"Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

"Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu," katanya ketika dihubungi BH Online.


Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

"Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

"Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

"Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi," katanya.

Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.


https://www.instagram.com/p/CnSBbf4vQXK/?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini," katanya kepada portal Utusan.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.




Posting Komentar untuk "'Istri setia kau mainkan Perasaan kotor Anak dah besak! Keputusan Tepat Semua Sokong ...komen pedas mertua kecam ni Kami Akan Bercerai Isnin Esok, Insyaallah - Puteri Sarah"