Adik bradik tiri merayu minta bersihkn nama ibu, Sekali ini balas Madamu buat ramai sokong ‘Tk ada masa nak layan’

Pernah diugvt saman RM10 juta jika tidak menurunkan video pertemuan dengan ayah, awalnya Madammu dan adik beradik lain nekad meneruskan tindakan saman jika itu yang dimahukan pihak sana.

Ia juga membuka sejarah lama di mana rupa-rupanya wujud unsur merampas suami orang dalam sengketa keluarga mereka. Anak-anak tak marah, ibu tiri yang kurang suka.

Kononnya anak-anak tidak selesa, mereka dapati sebenarnya ibu tiri yang membuat ugutan sebegitu. Sudahlah membesar tanpa kasih sayang seorang ayah selama berpuluh-puluh tahun, sudah tentu tindakan isteri bapanya yang seakan mahu memutuskan silaturahim cukup membuatkan keluarga Madammu terkilan.

Anak dia minta tolong clearkan nama mak dia…I cakap sorry no time for that. Dalam perkembangan terbaru, usahawan jelita ini mendedahkan adik beradik tirinya ada meminta nama ibu mereka dibersihkan semula sejak konflik mereka tersebar.

Sudah mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan lagi isu, Madammu ada meminta maaf namun enggan melakukan apa yang diharapkan pihak sana.

Sebab apa saya letak bukti perbualan dalam video? Sebab you dah provoke…This is what you get. Letak tepi mengenai ibu tiri, keutamaan besar Madammu adalah kepada bapa kandungnya yang difahamkan kini sedang tidak begitu sihat.

Dituduh sengaja mengejar viral untuk tujuan marketing, dia menafikan tanggapan itu kerana sentimen mereka-reka publisiti murahan bukanlah tahap pihaknya.

Sumber : erins