“Saya Baru sedar.. Restu Mama Paling Penting Dalam Hidup”Mahu dapatkan kembali restu ibu.. Akhirnya Syamsul Yusuf U-turn Nekad Ambil keputusan ini..

Pengarah sensasi Syamsul Yusof akhirnya buka mulut punca utama dia memilih bernikah dengan Ira Kazar secara senyap-senyap di Thailand.

Tak semudah disangka

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul mengakui sukar untuk mendapat kebenaran daripada isteri pertama iaitu aktres Puteri Sarah Liyana.

Menyedari ramai terluka, pelakon berumur 38 tahun itu yakin suatu hari nanti keputusannya akan diterima dengan hati terbuka.

Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri.

Bagaimanapun, proses kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka.

Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.

Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.

Tunggu sampai bila-bila

Dalam pada itu, ditanya mengenai tentangan yang diterima daripada kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail dengan perkahwinan kedua.

Kata pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof, dia akan bersabar menanti restu kerana sedar kehidupannya tidak bermakna tanpa doa orang tua.

Yang paling penting ialah mama saya. Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.

Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui.

Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.


Selain itu, abang kepada pengarah Syafiq Yusof juga memohon agar Puteri Sarah memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan mampu menjadi suami yang adil.

Kepada isteri pertama, Puteri Sarah, saya tahu awak terluka tetapi percayalah saya sebagai suami akan cuba yang terbaik. We can work this out.

Puteri Sarah adalah seorang ibu yang luar biasa untuk anak-anak dan itu memang tidak boleh dipertikaikan. Kita akan berbincang sesama kita nanti secara tertutup, bukan menerusi hantaran-hantaran di media sosial.

Saya tahu ini bukan perkara mudah dan bukan perkara kecil tetapi saya mahu mencuba. Berilah peluang untuk saya mencuba.

Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.