Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pelakon veteren Latiff Borgiba meninggal dunia

Pelakon yang suatu ketika dulu cemerlang membawa watak pahlawan atau pesilat dalam filem-filem Melayu, Latiff Borgiba, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika usianya genap berusia 80 tahun hari ini.

Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T K Gomu Kakah dilahirkan di Bangkok, Thailand, sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1946.



Perkataan Borgiba yang ada pada namanya diperoleh selepas diberikan pengarah dan pelakon S Kadarisman pada penghujung 1960-an.



Nama itu diambil sempena keturunan Habib Borgiba iaitu tokoh agama dari Afrika


Arwah yang berdarah campuran Siam, Arab dan India itu meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.


Latiff memulakan kerjaya sebagai pelakon ketika baru berusia 18 tahun. Dia menamatkan zaman bujangnya kira-kira setahun sebelum itu.




Sejak kebelakangan ini – sesuai dengan usianya – Latiff banyak menggalas watak bercorak Islamik atau lelaki tua yang alim.



Aktor yang mencapai zaman gemilangnya di sekitar 1960-an hingga 1980-an itu pernah berlakon dalam pelbagai filem seperti Dang Lenggang, Cahaya Sakti, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.




Berita kematian Latiff disahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah.

Jenazah Latiff dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak selepas Isyak malam ini.

Posting Komentar untuk "Pelakon veteren Latiff Borgiba meninggal dunia"