Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dugaan di Tanah Suci, bapa mentua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia... sempat video call sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir

USAHAWAN dan selebriti media sosial, Aleeya Zailan berdepan ujian menyedihkan apabila bapa mentuanya, Abdul Aziz Baharom meninggal dunia ketika dia bersama suami dan anak-anak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terkilan tidak dapat berada di sisi ketika saat akhir Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Aleeya dan suami bagaimanapun sempat mengadakan solat jenazah ghaib buat arwah ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

"Sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat akhirnya. Allah Maha Mengetahui dan ini adalah dugaan kami sekeluarga semantara berada di sini. Anak-anak semua rindukan abah. Mereka sayang sangat Atok Aziz.


Kami sudah buat solat jenazah ghaib untuk abah. Semoga kami juga dapat tunaikan umrah untuknya," katanya.

aleeya 22

Aleeya berkongsi mengenai pemergiaan bapa mentuanya di Instagram.

Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu sekitar pukul 5.22 pagi.

Aleeya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di laman sosial miliknya pada Khamis.


Posting Komentar untuk "Dugaan di Tanah Suci, bapa mentua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia... sempat video call sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir "