Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Khabar Duk4 pem3rgian seorang lagi tokoh agama dan alim ulama negara Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Mohd Salleh bin Hj Ahmad, Mantan Pensyarah Universiti Malaya. Salam Takziah dan Al-Fatihah (dibaca)

Perkongsian satu lagi khabar Duk4 pem3rgian tokoh agama dan alim ulama negara kita Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Mohd Salleh bin Hj Ahmad, Mantan Pensyarah Universiti Malaya sebentar tadi sepertimana yang dikongsikan melalui

Laman Facebook JAKIM. Salam takziah buat keluarga arwah dan didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diampunkan segala dos4-dos4. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas pem3rgian abangnya Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Mohd Salleh bin Hj Ahmad, Mantan Pensyarah Universiti Malaya sebentar tadi.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

Catatan ringkas tentang Tuan Guru Dato’ Haji Salleh Haji Ahmad :
Tuan Guru dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas. Ayahanda beliau ialah seorang ulama terkenal di Perak iaitu Tuan Guru Haji Ahmad bin Yunus. Ayahandanya pernah menimba ilmu di Makkah selama 13 tahun dan sezaman dengan Tuan Mufti Kelantan Dato’ Haji Mohammed Nor Ibrahim, Syeikh Ahmad Hussein Pokok Sena dan Tuan Guru Haji Ahmad Kenali Kelantan.

Ibunya pula ialah Hajjah Habibah binti Haji Shahabuddin yang mempunyai susur galur dengan ulama terkenal Syeikh Abdul Ghafur Jawi al-Kelantani. Tuan Guru Dato’ Haji Salleh menuntut ilmu di Pondok Gajah M4ti, Pendang selama 7 tahun. Setelah itu beliau menyambung pelajaran di Irsyadiah, Bagan Dato’. Di Irsyadiah, beliau menimba ilmu dari Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali Arshad atau lebih masyhur namanya sebagai Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26.

Setelah itu beliau menyambung pengajian ke MPI, Kota Bharu. Tuan Guru memiliki dua Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Master dalam Fiqh Muqarin dari al-Azhar pada tahun 1978. Salah seorang gurunya yang masyhur di Mesir yang sering disebut namanya ketika majlis ilmu yang saya hadiri tempoh hari ialah Syeikh Muhammad Najib al-Muthi’i as-Syafi’i. Syeikh Muhammad Najib menyempurnakan Al Majamu’ Syarh Muhadzab, sebuah kitab mazhab Syafi’i yang dikarang oleh Imam Abu Ishaq As Sairazy yang sebelumnya disyarah oleh Imam Nawawi dan Taqiyuddin As Subki.

Beliau mengarang kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhadzaba dari jilid 13 – 20 dan menyempurnakan syarah Imam Nawawi (676 H) yang hanya sampai jilid 9. Setelah itu disambung pula oleh Taqiyuddin as-Subki (756 H) yang hanya melanjutkan dari jilid 10 – 12. Ada satu kisah menarik yang diceritakan oleh Tuan Guru tentang bagaimana Syeikh Muhammad Najib mendapat ilham untuk menyambung kitab ini. Kata Tuan Guru, pada satu malam, Syeikh Muhammad Najib telah bermimpi berjumpa Imam Nawawi. Dalam mimpinya itu, Imam Nawawi telah meminta kepadanya agar menyambungkan syarah kitab tersebut. Bermula dari situlah, Syeikh Muhammad Najib mula mengarang kitab tersebut sehingga berjaya menyudahkannya pada jilid ke-20.

Tuan Guru Dato Haji Salleh Haji Ahmad

Tuan Guru pernah menjadi Pensyarah YPTIK, UM Nilam Puri, UM KL, dan UIAM. Beliau juga merupakan AJK Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak, AJK Fatwa Perak, Panel Syariah Bank Muamalat, Panel Syariah JAKIM. Beliau banyak menulis buku dan menyampaikan kuliah serata nusantara. Beliau merupakan tenaga penting dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Sumber: Laman Facebook JAKIM & ikantongkol09.blogspot.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

Posting Komentar untuk "Khabar Duk4 pem3rgian seorang lagi tokoh agama dan alim ulama negara Almarhum Tuan Guru Dato’ Hj Mohd Salleh bin Hj Ahmad, Mantan Pensyarah Universiti Malaya. Salam Takziah dan Al-Fatihah (dibaca)"