Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Alhamdulillah,Tetap tak lupa asal usul “Pemain JDT,Arif Aiman hadiahkan Proton X50 untuk ibu bapanya”

Bintang bola sepak negara, Arif Aiman mengundang perhatian ramai apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya baru-baru ini.

Menerusi akaun TikTok penjual kereta @hafisnaserr, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memberikan kereta jenis Proton X50 buat ibunya di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Alhamdulillah.. terima kasih kepada Arif Aiman, pemain bola JDT beli Proton X50 flgship untuk dihadiahkan kepada ibu tercinta,” tulisnya sehingga menerima 40,000 tanda suka.

Video dimuat naik berdurasi hampir seminit tersebut memaparkan ibu pemain berusia 20 tahun itu gembira sebaik lori kontena membuka pintu bagi menurunkan kereta tersebut.

Malah, ibunya juga dilihat menerima sejambak bunga sebelum melakukan ‘test drive’ dalam kereta berwarna biru berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, video meraih hampir 413,000 tontonan itu mendapat ratusan komen netizen dimana rata-rata memuji sikap Arif yang berbakti terhadap orang tuanya.

Dalam masa sama, segelintir individu turut mendoakan bintang sensasi itu dimurahkan rezeki selain terus cemerlang mengharumkan nama JDT dan negara.

Bagus! Tetap ingat asal usul

Terdahulu, Arif dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik serta muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Sumber Dan Rujukan

Posting Komentar untuk "Alhamdulillah,Tetap tak lupa asal usul “Pemain JDT,Arif Aiman hadiahkan Proton X50 untuk ibu bapanya”"