Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Abang Zamani Slam Meninggal Dunia. Al Fatihah

Kuala Lumpur: Abang kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zulfazli Ibrahim meninggal dunia pada malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh kenalan Zamani iaitu Mazrie dan juga Ahmad Naqiuddin.

Malah berita sedih ini turut dikongsi oleh penyanyi terbabit menerusi media sosialnya.

“Assalamualaikum… Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan urusan arwah dipermudahkan,” tulisnya.


Ahmad Naqiuddin atau Naqee ketika dihubungi berkata, sebaik mendapat berita itu dia segera menghubungi Zamani.

“Ketika itu mereka (Zamani dan isterinya Nur Juliana) dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh kerana jenazah berada di sana.

“Zamani bagaimanapun tidak benarkan saya ke sana buat masa ini. Dia janji akan bagi info lengkap pada pagi nanti.

“Saya sendiri pun terkejut dengan berita ini,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan Zulfazli ada melawat Zamani sebelum adiknya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras pada 7 November lalu.

Terdahulu Zamani kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim pada 26 September akibat komplikasi buah pinggang.

Jenazah Zuraidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur

Posting Komentar untuk "Abang Zamani Slam Meninggal Dunia. Al Fatihah"