(Video)) Heboh Jagat Maya banyak kontraversi debat tak Usai Bikin Netizen Bingung “Kalau korg buat meniru, berapa lama?”- Saiful Apek Beritahu Kenapa Sepahtu Belum Capai Tahap Senario, Buat Ramai Terfikir
PELAWAK Saiful Apek berpandangan masih belum ada pelawak generasi baharu yang mampu mengulangi fenomena Kumpulan Senario suatu ketika dahulu.
Kata Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 53, dia masih belum nampak pelawak solo atau berkumpulan yang mempunyai sitkom, album, konsert dan filem sendiri seperti Senario.“Fenomena macam saya bersama dengan Kumpulan Senario dulu.
“Satu-satunya kumpulan yang mencetus fenomena ketika itu, bukan sahaja komedi tapi ada sitkom, album, konsert, filem sendiri.
“Jadi cuba beritahu kepada saya, ada tak pelawak sekarang solo atau berkumpulan yang ada kriteria ni? Jadi takkan nak habiskan begitu tanpa ada pengganti baharu,” katanya kepada mStar.
Apek merupakan salah seorang juri dalam program Awesome Raja Lawak yang bakal bermula pada 7 September 2022.
Dalam pada itu, Apek turut mengulas pandangan orang ramai bahawa kumpulan Sepahtu merupakan penyambung legasi selepas Senario.
Pereka set Sepahtu Reunion Live ukir ‘sejarah’ tersendiri
“Selalu orang tengok pelakon saja, sekarang orang mula tengok ‘hidupnya’ set penggambaran”, kata pembantu penerbit sketsa komedi Sepahtu Reunion Live terbitan Astro Warna, Izhaar Rosley.
Katanya, di sebalik set penggambaran yang seolah-olah hidup itu, terlalu banyak komitmen dicurahkan pekerja belakang tabir yang jumlahnya melebihi 100 orang untuk satu-satu episod.
“Ini satu penghargaan bila orang mula perasan kerja belakang tabir. Selalu orang tengok pelakon, penyanyi, orang tengok yang di depan. Tapi yang di belakang sebenarnya masih ramai lagi (berperanan) dalam macam-macam kerja…yang kalau (mereka) tak ada…(persembahan) tak akan jadi.
“Bila orang tengok kat tv, ‘oh…tak bestlah episod minggu ini’. Tapi nilai kerja keras digunakan untuk jayakan sesuatu episod itu, bahkan (kumpulan pelawak) Sepahtu punya komitmen bukan biasa-biasa,” katanya kepada FMT.
Izhaar memberitahu, kru produksi akan berbincang mengenai skrip dan jalan cerita serta set apakah yang perlu dibina. Kemudian, vendor (kontraktor) yang dipilih Astro akan mula mencari bahan dan memulakan proses membina set dalam masa empat hari.
Seorang pembantu produksi, Azzubair Zulkifley, memberitahu proses menterjemahkan skrip kepada set penggambaran agar nampak hidup sangat mencabar.
Peminat dan penonton Sepahtu Reunion Live kagum dengan set penggambaran sitkom ini di media sosial.
“Konsep Sepahtu sebenarnya, kita nak bawa realiti cerita itu, bukan hanya sekadar pelakon itu saja berlakon. Kita nak set dia pun macam betul-betul hidup. Contoh ‘setting’ dekat tempat nelayan, dekat jeti ke, memang kita bawa barang-barang (dari jeti)…memang kita bina set tu macam betul-betul hidup.
“Jika skrip minta rumah itu buruk, kita memang kena burukkan ia. Dari segi barang, perabot, tona cat, kayu tu macam mana? Jadi, memang sangat terperinci, itu yang perlu kita fikir. Lantai kena koyak ke atau tak?” cerita Azzubair.
Sitkom itu pernah menjadi bualan warganet selepas menampilkan “props” hidup seperti kambing, ayam, set jeti nelayan beserta pasir pantai dan banyak lagi.
Semua kru produksi yang terlibat dalam sitkom ini bertungkus lumus menjayakan rancangan kegemaran ramai itu.
Sepahtu Reunion Live yang dibintangi Jep, Rahim dan Ilya kini memasuki musim kelapan, mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai. Penggambaran secara langsung diadakan di Teater Shah Alam menyaksikan auditorium pecah panggung, saban minggu.
Pelakon, Ilya memberitahu FMT, set penggambaran yang seolah-olah hidup banyak membantu dirinya dan ahli Sepahtu lain menjiwai watak dengan baik.
“Dari segi set, ‘props’ dan ‘wardrobe’, itulah yang membantu kita punya persembahan. Sama macam penyanyi. Penyanyi boleh menyanyi dengan baik, tetapi kalau ada muzik yang sedap mengiringi, lebih cantik lagi nyanyian dia. Sama juga dengan kami,” katanya.
Sebelum ini, Sepahtu Reunion Live turut dianggotai Shuib, namun beliau menarik diri daripada program itu sebelum kematian isterinya yang juga penyanyi popular, Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19.
KREDIT: FMT/trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Posting Komentar untuk "(Video)) Heboh Jagat Maya banyak kontraversi debat tak Usai Bikin Netizen Bingung “Kalau korg buat meniru, berapa lama?”- Saiful Apek Beritahu Kenapa Sepahtu Belum Capai Tahap Senario, Buat Ramai Terfikir"